Saturday, 17 September 2011

cinta monyet :)

 
:: Cinta monyet adalah istilah formal yang bermaksud perasaan cinta yang terjadi dikalangan anak muda yang masih dikalangan remaja.Istilah ini juga dapat digunakan sebagai ayat sindiran kepada pasangan yang tidak mencintai pasangannya.Cinta monyet juga dikenali dengan “crush” yang dideskripsikan sebagai cinta seorang anak remaja kepada orang yang lebih tua. Jatuh cinta adalah pekara normal yang dialami oleh setiap manusia.Kita berhak mencintai sesiapa sahaja.Tapi bercinta lah pd yang sudi bukan kite yang menagih simpati.!!!

>>Sebenarnya cinta itu indah dan suci,tapi manusia yang membuat cinta itu menjadi buta. Sayang sekali kerana cinta manusia sekarang sangup mengetepikan agama . Cinta yang yang penuh dengan nafsu semata-mata,adalah cinta yang tiada keikhlasan di hati. Manusia sekarang hanya mementingkan nafsu dari segala-galanya. Itu bukan cinta namanya. Itulah cinta yang ditukar menjadi racun. Semakin ramai remaja cuba mendifinasikan bahawa cinta mereka adalah suci kerana mereka ber’sms’ hal-hal iman dan amal, sedangkan yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah, tetapi gelodak nafsu yang licik menipu.Janganlah mengejar cinta yang palsu kerana cinta ini akan membinasakan diri dan merosakkan masa depan kita sendiri.Carilah cinta yang halal dari segi agama.:D ( ak hanya mampu berkata-kata )

--->p/s : Tidak dinafikan, kehidupan tanpa cinta akan membuatkan diri terseksa dan merana. Kepada remaja zaman sekarang, fikir-fikarkanlah. Jagalah dirimu baik2...jgnlah terlalu obses terhadap CINTA,bercinte tuh boley..xde masalah.tapi biarlah berpada-pada. owkey (:



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

TeMpeYeK YuYu. Design By: SkinCorner